Isu air hitam di Politeknik Kota Bharu, JPPKK sediakan lori tangki

Tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.
Tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.
A
A
A

SHAH ALAM - Lori tangki air telah dihantar ke Politeknik Kota Bharu (PKB) untuk menambah bekalan air sedia ada bagi mengurangkan impak kepada warga kampus.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan gangguan air di institut berkenaan berpunca daripada tekanan air rendah pada saluran paip bekalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selaku penyedia perkhidmatan air negeri ekoran daripada kerja-kerja menaik taraf sistem paip di kawasan Kok Lanas dan Ketereh.

“Keadaan tersebut telah menyebabkan paras air di tangki sedut utama PKB turun ke tahap minimum seterusnya membawa kepada tekanan air rendah yang menjejaskan beberapa blok asrama, blok akademik dan pentadbiran di kampus berkenaan,” katanya pada Khamis.

Tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.
Tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah video menunjukkan air berwarna kehitaman berlaku di sebuah politeknik.

Menerusi video tersebut, keadaan berkenaan telah berlaku sejak 10 hari lalu.

Tambah JPPKK, jabatan telah mengambil tindakan pantas dengan melaporkan perkara itu kepada AKSB pada 5 Ogos 2025 dan pasukan teknikal mereka telah tiba di lokasi untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

“Pihak AKSB turut mengesahkan bahawa tekanan air di PKB telah kembali kepada tahap yang stabil.

Artikel Berkaitan:

“Namun, pemulihan bekalan air ke semua blok di PKB hanya akan disalurkan secara berperingkat berikutan pengisian semula tangki simpanan berpusat,” katanya.

Jelasnya lagi, sebagai penyelesaian jangka panjang, JPPKK akan melaksanakan projek menaik taraf sistem bekalan air di PKB menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) RP5 Tahun 2025.

Ujarnya, JPPKK komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan keselesaan seluruh warga kampus menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!