Projek RTS Link capai 65 peratus siap, tren pertama tiba pertengahan November - Anthony

Anthony Loke (tengah) meninjau kemajuan RTS Link di Stesen Bukit Chagar.
Anthony Loke (tengah) meninjau kemajuan RTS Link di Stesen Bukit Chagar.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura kini mencapai kemajuan 65 peratus dengan struktur Stesen Bukit Chagar, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Kompleks Kastam hampir siap sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerja pembinaan berjalan lancar apabila struktur jejambat telah disiapkan sebanyak 91 peratus, manakala pembinaan stesen mencapai 73 peratus dan CIQ berada pada tahap 76.8 peratus.

“Perkembangan projek ini amat positif. Hari ini saya berpeluang meninjau sendiri tapak dan melihat struktur yang sudah siap sehingga ke aras platform.

Anthony Loke (dua dari kanan) meninjau kemajuan RTS Link di Stesen Bukit Chagar.
Anthony Loke (dua dari kanan) meninjau kemajuan RTS Link di Stesen Bukit Chagar.

"Ia menandakan projek ini semakin menghampiri realiti,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kemajuan RTS Link di Stesen Bukit Chagar, di sini pada Isnin.

Menurutnya, set tren pertama RTS dijangka tiba di Depoh Wadi Hana pada pertengahan November ini, manakala ujian pergerakan awal bakal dijalankan sekitar Disember.

"RTS Link disasarkan siap sepenuhnya menjelang 31 Disember 2026 dan beroperasi kepada orang awam pada Januari 2027," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RTS Operations Sdn Bhd  (RTSO), Dr Ahmad Marzuki Ariffin berkata, pembangunan sistem dan operasi keseluruhan kini juga telah mencecah 65 peratus.

Artikel Berkaitan:

Katanya, satu set tren akan dibawa dari Singapore Rail Test Track, manakala tiga lagi akan dihantar dari kilang pembuatannya di Batu Gajah sebelum akhir tahun ini.

“Secara keseluruhan, sebanyak lapan set tren empat gerabak akan digunakan apabila operasi penuh dimulakan kelak.

“Fasa ujian dinamik dan pergerakan bebas tren dijangka bermula pada Julai 2026 bagi memastikan semua sistem, termasuk keselamatan, lif, eskalator, proses kastam dan imigresen berjalan lancar,” jelasnya.

Ringkasan AI

  • Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dan Singapura mencapai kemajuan 65 peratus
  • Struktur jejambat telah disiapkan sebanyak 91 peratus, pembinaan stesen 73 peratus dan CIQ pada tahap 76.8 peratus
  • Set tren pertama RTS dijangka tiba pada pertengahan November dengan ujian pergerakan awal pada Disember
  • RTS Link dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2026 dan beroperasi pada Januari 2027
  • Lapan set tren empat gerabak akan digunakan dengan fasa ujian dinamik bermula Julai 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!