Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia

Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia pada petang Jumaat. Gambar hiasan
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia pada petang Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, petang Jumaat.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mayat Zahari Zainuddin, 70, dijumpai 3.48 petang hasil pencarian bersama beberapa agensi keselamatan dan penduduk kampung.

"Mayat mangsa ditemukan di kawasan semak, kira-kira 900 meter dari PKB (Pusat Kawalan Bomba) dengan pasukan operasi menjalankan pencarian di sekitar lokasi terakhir beliau dilihat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang warga emas hilang sejak Isnin ketika mencari lembu peliharaannya
  • Ditemukan meninggal dunia di hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau
  • Mayat Zahari Zainuddin, 70, ditemukan petang Jumaat
  • Lokasi penemuan mayat kira-kira 900 meter dari PKB
  • Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!