Mayat warga emas dilaporkan hilang ditemukan di Sungai Muar

Laporan Sinar Harian mengenai warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar.
Laporan Sinar Harian mengenai warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar.
A
A
A

TANGKAK - Seorang lelaki warga emas yang sebelum ini dilaporkan hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat di Sungai Muar di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa yang berusia 62 tahun itu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang di Jambatan Panchor-Gersik, semalam.

Beliau berkata, ketika ditemukan, mayat berada dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Bernama melaporkan lelaki itu dilaporkan hilang selepas kenderaannya dijumpai orang awam berhampiran jambatan terbabit, selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu pada 6 pagi semalam sebelum dipercayai terjatuh ke dalam sungai. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!