'Puaslah kau, botak!' - Ibu Zaim Ikhwan

Zaim Ikhwan ditenangkan ibu bapanya selepas gagal menahan perasaan, apabila isterinya diperintahkan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta.
Zaim Ikhwan ditenangkan ibu bapanya selepas gagal menahan perasaan, apabila isterinya diperintahkan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta.
A
A
A

PETALING JAYA – “Puaslah kau, botak!” kata ibu kepada Zaim Ikhwan Zahari dengan nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah, sebaik keputusan terhadap menantunya, Ismanira Abdul Manaf, diumumkan hari ini.

Suasana di Mahkamah Sesyen di sini bertukar kecoh apabila Zaim Ikhwan, 30, turut menjerit ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, selepas mahkamah memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang.

“Semoga kamu dilaknat!” laungnya dalam keadaan sebak dan marah, menyebabkan beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkannya sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang media.

Zaim Ikhwan ditenangkan ibu bapanya selepas gagal menahan perasaan, apabila isterinya diperintahkan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta.
Zaim Ikhwan ditenangkan ibu bapanya selepas gagal menahan perasaan, apabila isterinya diperintahkan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta.

Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada faktor istimewa yang membolehkan penangguhan diberikan.

Ismanira dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah mengabaikan anak autisme mereka dua tahun lalu.

Kes kematian Zayn Rayyan, 6, yang ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada 6 Disember 2023, terus menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari, menjerit ke arah pegawai penyiasat selepas isterinya dihukum penjara lima tahun kerana mengabaikan anak autisme
  • Zaim Ikhwan ditenangkan ahli keluarga dan dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas insiden tersebut
  • Ibu Zaim Ikhwan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang terlibat dalam penyiasatan
  • Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara
  • Kes kematian anak mereka, Zayn Rayyan, 6, menarik perhatian ramai dan mencetuskan reaksi pelbagai pihak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!