Polis Kelantan sedia bekerjasama dengan Thailand buru perompak kedai emas

Mohd Yusoff Mamat ditemui pemberita pada majlis penutup Latihan Amal Ancaman Pengganas di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Empangan Pergau, di Empangan Janakuasa Sultan Ismail Petra, TNB, Pergau, pada Khamis. Foto Bernama
Mohd Yusoff Mamat ditemui pemberita pada majlis penutup Latihan Amal Ancaman Pengganas di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Empangan Pergau, di Empangan Janakuasa Sultan Ismail Petra, TNB, Pergau, pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

JELI - Polis Kelantan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memburu sekumpulan lelaki terlibat dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di Sungai Golok, Narathiwat pada 5 Oktober.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bantuan untuk mengesan suspek yang didakwa telah melarikan diri ke Malaysia.

"Kita bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu. Jika mereka mempunyai maklumat lanjut termasuk butiran diri dan gambar suspek boleh dikongsikan untuk memudahkan proses mengesan suspek,” katanya.

Mohd Yusoff berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Latihan Amal Ancaman Pengganas di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad Empangan Pergau di sini pada Khamis.

Terdahulu, Bernama melaporkan tujuh daripada 10 suspek kes rompakan kedai emas itu dipercayai meloloskan diri ke Malaysia manakala tiga lagi ditahan di lokasi berasingan di Sungai Padi, Narathiwat pada 15 Oktober.

Sementara itu, mengulas persediaan Monsun Timur Laut (MTL), Mohd Yusoff berkata, pihaknya berada dalam mod kesiapsiagaan, dengan persediaan juga dibuat berdasarkan pengalaman berdepan bencana itu sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan sedia bekerjasama dengan Thailand untuk memburu lelaki terlibat rompakan kedai emas di Sungai Golok Setakat ini, tiada permohonan bantuan diterima dari Thailand untuk mengesan suspek
  • Polis perlu maklumat lanjut termasuk butiran diri dan gambar suspek untuk memudahkan proses pencarian Suspek dipercayai melarikan diri ke Malaysia selepas rompakan Polis Kelantan dalam mod kesiapsiagaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!