Diberkas tak sampai 24 jam ragut rantai emas

Antara barangan yang dirampas. Motosikal yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut. - Foto: IPD Iskandar Puteri
Antara barangan yang dirampas. Motosikal yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut. - Foto: IPD Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Dua lelaki mungkin tidak sempat melakukan apa-apa terhadap hasil jenayah ragut yang dilakukan pada pagi Rabu apabila diberkas dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas melakukan jenayah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan, kejadian ragut berkenaan dipercayai berlaku pada jam 8.40 pagi ketika mangsa, seorang wanita warga Filipina berusia 40 tahun berada di hadapan rumahnya di Taman Seri Orkid di sini. 

"Mangsa didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal. Seorang daripada suspek turun dari motosikal dan bertindak mengacukan sebilah parang ke arah mangsa serta meragut rantai emas di lehernya sebelum melarikan diri.

"Laporan polis berhubung kejadian tersebut dibuat pada jam 11.10 pagi. Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menjalankan operasi mengesan antara pukul 3 hingga 4.50 petang.

“Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 43 tahun itu akhirnya diberkas di sekitar kawasan Skudai. Hasil semakan turut mendapati kedua-duanya memiliki rekod jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Kumarasan, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, menerusi tangkapan tersebut katanya, pihak polis merampas seutas rantai leher warna kekuningan, satu loket kekuningan, dua topi keledar, sebuah motosikal dan dua helai baju semuanya bernilai RM 8,600.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai Khamis Rabu ini bagi tujuan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua lelaki diberkas kurang dari 24 jam selepas melakukan jenayah ragut di Taman Seri Orkid Iskandar Puteri
  • Mangsa, wanita warga Filipina berusia 40 tahun, diragut rantai emas pada jam 8.40 pagi
  • Suspek menggunakan motosikal dan salah seorang mengancam mangsa dengan parang
  • Kedua-dua suspek, berusia 29 dan 43 tahun, didapati positif dadah jenis methamphetamine
  • Barang rampasan termasuk rantai leher, loket, topi keledar, motosikal dan baju dengan nilai RM 8,600

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!