Drypers perkenalkan inisiatif 'Parent-preneurs' bantu ibu bapa jana pendapatan

KUALA LUMPUR - Jenama penjagaan bayi terkemuka negara, Drypers melancarkan satu inisiatif 'The Power of Parent-preneurs' yang bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa di Malaysia dengan menjana pendapatan sambil menggunakan produk yang mereka percayai.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Isnin lalu itu turut memperkenalkan lampin terkini Drypers DryPantz yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu.
Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling berkata, inisiatif itu selari dengan objektif Drypers yang sentiasa menyokong keluarga Malaysia menerusi lampin yang dihasilkan dan menjimatkan perbelanjaan ibu bapa.
"Kami melangkah setapak ke hadapan melalui inisiatif ‘The Power of Parent-preneurs’, menawarkan kepada ibu bapa bukan sahaja produk yang lebih baik untuk bayi mereka, malah peluang menjana pendapatan yang jelas dan disokong penuh melalui produk yang sudah mereka guna dan percayai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menerusi The Power of Parent-preneurs', jenama itu bukan sekadar menjual lampin, tetapi membina peluang ekonomi komuniti.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa kini boleh menjana pendapatan melalui perkongsian terhadap produk Drypers yang mereka sendiri gunakan kepada ibu bapa lain tanpa kos permulaan dan disertakan panduan yang jelas dengan mendaftar melalui kod QR untuk disambungkan ke akaun TikTok Shop.
"Bagi pengguna kali pertama, latihan setempat membantu mereka pertama menyusun hantaran berdasarkan rutin sebenar merangkumi cara menggunakan pembingkaian yang hanya melibatkan tangan demi melindungi privasi, serta memastikan pendedahan maklumat dibuat dengan jelas dari awal.
"Program ini membolehkan ibu bapa menyesuaikan masa mereka sendiri sama ada ketika anak tidur atau ketika menghantar anak sekolah untuk menjana pendapatan tambahan dengan cara yang fleksibel," katanya.
Jelas kenyataan itu, inisiatif itu juga menawarkan peluang dengan panduan dan mesra keluarga untuk mengambil bahagian dalam ruang perdagangan sosial yang semakin berkembang.
"Drypers menyediakan kerangka, latihan, dan sokongan masyarakat supaya mereka boleh berkongsi pengalaman sebenar dengan selamat dan yakin, dengan privasi, kejujuran, dan tujuan sebagai teras.
"Pendekatan ini juga mencerminkan komitmen Drypers yang lebih luas terhadap konsistensi dan penjagaan bayi selama lebih 25 tahun di Malaysia," katanya.
Ringkasan AI
- KUALA LUMPUR - Jenama penjagaan bayi Drypers melancarkan inisiatif 'The Power of Parent-preneurs' untuk memperkasakan ibu bapa Malaysia menjana pendapatan
- Inisiatif ini bertujuan bukan hanya menjual lampin tetapi juga membina peluang ekonomi
- Ibu bapa boleh menjana pendapatan dengan berkongsi tentang produk Drypers tanpa kos permulaan
- Program ini fleksibel membolehkan ibu bapa menyesuaikan masa menjana pendapatan sendiri
- Drypers menyediakan kerangka, latihan, dan sokongan untuk membantu ibu bapa berkongsi pengalaman dengan selamat dan yakin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
