Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan bantu siasatan

Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja. Foto hiasan
Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja. Foto hiasan
A
A
A

BATU PAHAT - Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pasangan suami isteri berusia 41 tahun yang berniaga sendiri itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 4 petang Selasa.

"Polis turut membuka kertas siasatan baharu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Menurut laporan, wanita berkenaan menyedari anaknya mengalami kesan kelar di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada jam 5.30 pagi di rumah mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.

Terdahulu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Mangsa juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan kanak-kanak itu belum pulih sepenuhnya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Polis menahan ibu bapa kanak-kanak lelaki enam tahun yang cedera dikelar di Parit Raja
  • Pasangan suami isteri ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat
  • Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menggunakan senjata tajam
  • Kanak-kanak dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!