Putin umum Rusia berjaya uji 'Poseidon'

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu mengumumkan bahawa negaranya berjaya menguji kenderaan dalam air tanpa pemandu 'Poseidon' yang dikuasakan tenaga nuklear, lapor Xinhua.
"Buat kali pertama, kami bukan sahaja berjaya melancarkannya dari kapal selam menggunakan enjin penggalak, tetapi juga mengaktifkan sistem kuasa nuklearnya yang menggerakkan kenderaan itu untuk tempoh tertentu,” kata Putin ketika melawat sebuah hospital tentera di Moscow.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa 'Poseidon' mewakili teknologi baharu sepenuhnya dan merupakan satu langkah penting dalam memastikan keselamatan Rusia.
Beliau berkata, bahawa teknologi itu juga boleh dimanfaatkan untuk ekonomi negara bagi tujuan keamanan.
Ujian itu dijalankan mengikut semua peraturan antarabangsa serta perjanjian dua hala yang berkaitan, kata beliau. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan negaranya berjaya menguji kenderaan dalam air tanpa pemandu 'Poseidon' berkuasa nuklear
- Kenderaan itu dilancarkan dari kapal selam dan sistem kuasa nuklearnya diaktifkan untuk tempoh tertentu
- 'Poseidon' mewakili teknologi baharu sepenuhnya dan penting untuk keselamatan Rusia
- Teknologi itu boleh dimanfaatkan untuk ekonomi negara dalam tujuan keamanan
- Ujian dijalankan mengikut peraturan antarabangsa dan perjanjian dua hala
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
