Aerotrain: Tren moden tanpa pemandu

A
A
A

Aerotrain, perkhidmatan tren moden tanpa pemandu itu kembali beroperasi sepenuhnya pagi tadi selepas menjalani proses naik taraf bernilai RM456 juta, sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi KLIA berjumlah RM742 juta, yang bertujuan memperkukuh kedudukannya sebagai hab penerbangan serantau bertaraf dunia.

Aerotrain yang menjadi ciri ikonik KLIA sejak pembukaannya pada 1998 kini dilengkapi set tren Alstom Innovia APM 300R. Setiap tren tiga gerabak itu mampu memuatkan sehingga 270 penumpang dan bergerak pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam, sekali gus mengurangkan masa perjalanan antara terminal utama dan terminal satelit kepada kurang tiga minit

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!