CovidSinar kini kumpul RM294,846.42 sumbangan

Sinar Harian menerusi Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 (CovidSinar) berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM286,869.08 malam tadi dan ia terus bertambah pagi ini.
Sinar Harian menerusi Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 (CovidSinar) berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM286,869.08 malam tadi dan ia terus bertambah pagi ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian menerusi Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 (CovidSinar) berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM294,846.4 sehingga jam 9.30 pagi ini.

Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob berkata, keprihatinan rakyat Malaysia yang penyayang meningkatkan kutipan tabung itu setiap hari.

Katanya, sehingga jam 10 malam tadi, sumbangan yang dikumpulkan adalah RM286,869.08 dan ia terus bertambah pagi ini.

"Ini adalah sumbangan yang kami terima daripada rakyat Malaysia yang prihatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung CovidSinar mula agih bantuan

Tabung CovidSinar cecah RM235,000

"Esok pagi (hari ini) pasukan sukarelawan kami akan keluar membeli barang-barang keperluan keselamatan frontliners lagi terutama alat pelindungan peribadi (PPE) dari wang sumbangan ini," katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau malam tadi.

Sementara itu, Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry berkata, sebanyak 1,000 PPE akan diserahkan kepada Klinik Kesihatan Seksyen 19 pagi ini.

Artikel Berkaitan:

"Klinik Kesihatan Seksyen 19 bertindak sebagai pusat pengumpulan bantuan sebelum disalurkan kepada klinik kesihatan lain di Selangor," katanya.

Sabtu lalu Sinar Harian mengaktifkan CovidSinar bagi membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).