Rakan Grab jelajah ASEAN cerminkan semangat inovasi serantau

KUALA LUMPUR – Setiap perjalanan dan penghantaran dilakukan jutaan rakan Grab di seluruh Asia Tenggara membawa lebih daripada sekadar penumpang atau pesanan, ia turut menggerakkan inspirasi di sebalik pembangunan teknologi superapp Grab.
Bagi Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, pengalaman harian rakan pemandu dan penghantar adalah nadi yang membentuk pelbagai inovasi baharu dalam aplikasi Grab.
“Mereka memahami selok-belok bandar dan pelanggan lebih daripada orang lain. Pengalaman mereka inilah yang mengilhamkan teknologi yang kami bangunkan.
"Rakan Grab Jelajah ASEAN meraikan semangat itu, teknologi yang inklusif, lestari dan dicipta untuk rantau ini,” ujarnya sempena tayangan perdana siri ‘Rakan Grab Jelajah ASEAN’ di ibu negara.
Sebagai tanda sokongan kepada kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, Grab Malaysia bekerjasama dengan bagi menerbitkan siri web tiga bahagian bertajuk Rakan Grab Jelajah ASEAN.
Menampilkan hos KS Lagi, Shahril Hamdan, siri berkenaan mengikut perjalanan tiga rakan Grab Malaysia, Muhamad Aiman Muhamad Shamsudin, Christine Wee Seow Ling dan Muhamad Syukri Ghazali ke Indonesia, Thailand dan Vietnam, bagi mengenali bagaimana teknologi Grab dibentuk melalui pengalaman tempatan di seluruh rantau.
Ketiga-tiga episod penuh siri Rakan Grab Jelajah ASEAN ini akan disiarkan secara eksklusif di platform media sosial KS Lagi.

Sementara itu, bagi Muhamad Syukri, pengalaman menjelajah ke tiga negara itu memberi peluang melihat sendiri bagaimana rakan pemandu dan penghantar di luar negara menghadapi cabaran yang sama tetapi dengan cara berbeza.
“Menjelajahi negara-negara rakan Grab memberi saya penghargaan yang lebih mendalam terhadap bagaimana mereka berusaha menyara keluarga, berkhidmat kepada komuniti dan terus maju ke hadapan.
"Walaupun bandar-bandar kita berbeza, semangatnya tetap sama. Amat menginspirasikan apabila melihat bagaimana teknologi menghubungkan kita semua dalam perjalanan yang dikongsi bersama,” ujarnya.
Dalam masa sama, Muhamad Syukri turut menyifatkan pengalaman itu membuka matanya terhadap erti sebenar ketabahan dan semangat serantau.
Dalam masa sama, Grab terus memperkukuh inovasi yang berpaksikan pemahaman terhadap komuniti tempatan.
Antara teknologi terbaharu yang diperkenalkan termasuk AI Driver Companion untuk membantu rakan pemandu mengenal pasti permintaan dengan lebih pantas, AI Merchant Assistant bagi memudahkan urusan perniagaan kecil dan sederhana, serta GrabMaps, platform pemetaan berasaskan AI yang meningkatkan ketepatan dan kecekapan laluan.
Usaha itu turut selari dengan strategi ASEAN dalam memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI), pelaksanaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig di Malaysia, dan galakan terhadap penggunaan kenderaan elektrik (EV) bagi mobiliti yang lebih mampan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

