Dokumen tular larangan telefon pintar bawah 16 tahun adalah palsu - JPM

Dokumen tular berhubung larangan penggunaan telefon individu bawah umur 16 tahun adalah palsu
Dokumen tular berhubung larangan penggunaan telefon individu bawah umur 16 tahun adalah palsu
A
A
A

SHAH ALAM – Dokumen bertajuk Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

"Untuk makluman bersama, jabatan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara itu.

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp satu dokumen yang didakwa sebagai perintah rasmi berhubung larangan penggunaan telefon pintar bagi individu di bawah umur 16 tahun.

Dokumen bertarikh 20 Oktober 2025 itu turut menyentuh skop dan pelaksanaan yang melibatkan individu berusia 16 tahun ke bawah serta ibu bapa atau penjaga.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dokumen tentang Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang tular adalah palsu
  • Jabatan Perdana Menteri menafikan telah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan
  • Orang ramai diingatkan untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum berkongsi
  • Penyebaran berita palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • Dokumen palsu tersebut didakwa berhubung larangan penggunaan telefon pintar bagi individu di bawah umur 16 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!