Nombor WhatsApp suami digodam, guru tadika rugi RM100,000

Seorang guru tadika di Johor Bahru kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan apabila nombor WhatsApp suaminya digodam ketika lelaki itu berada di China atas urusan kerja. Foto hiasan
Seorang guru tadika di Johor Bahru kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan apabila nombor WhatsApp suaminya digodam ketika lelaki itu berada di China atas urusan kerja. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan apabila nombor WhatsApp milik suaminya digodam pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 52 tahun merupakan seorang guru tadika, manakala suaminya bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta.

Jelas beliau, ketika kejadian, suami mangsa berada di China atas urusan kerja selama seminggu.

“Mangsa telah menerima mesej WhatsApp yang disangka milik suaminya. Mangsa diminta untuk meminjamkan wang bagi membantu ‘suaminya’ dalam urusan perniagaan atas alasan akaun bank miliknya tidak dapat digunakan.

“Mangsa seterusnya membuat bayaran wang ke akaun pihak ketiga seperti yang diminta pada Jumaat lalu.

“Namun selepas pembayaran dibuat, mangsa menghubungi suaminya untuk bertanyakan mengenai bayaran balik wang tersebut. Namun, suaminya memaklumkan nombor WhatsApp miliknya telah digodam,” katanya dalam kenyataan.

Raub berkata, mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek serta mengesan dan menahan pihak yang terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak polis sebelum melakukan sebarang transaksi wang bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Artikel Berkaitan:

“Sebarang keraguan boleh dirujuk melalui portal Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesahkan nombor akaun atau nombor telefon yang digunakan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Johor Bahru kerugian RM100,000 akibat penipuan melalui WhatsApp suaminya yang digodam
  • Mangsa adalah seorang guru tadika berumur 52 tahun dan suaminya seorang pengurus di syarikat swasta
  • Suami mangsa berada di China atas urusan kerja ketika penipuan berlaku
  • Mangsa diminta meminjamkan wang untuk urusan perniagaan suaminya yang kononnya mengalami masalah dengan akaun bank
  • Mangsa membuat laporan polis setelah menyedari telah ditipu dan polis sedang menyiasat kes ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!