Penghantaran makanan di Melaka hanya 7 pagi hingga 8 malam

Kerajaan Melaka memutuskan perkhidmatan penghantaran makanan hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 8 malam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. - Foto 123RF

A
A
A

MELAKA - Operasi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan GrabFood di Melaka hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 8 malam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak koronavirus (Covid-19).

"Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khas Keselamatan Negeri Melaka hari ini," menurut kenyataan kerajaan Melaka.

Selain itu, kenyataan itu memberitahu bahawa tempoh operasi stesen minyak bagi perkhidmatan pengisian petrol dan diesel kini dibenarkan bermula jam 6 pagi hingga 11 malam. - Bernama

Artikel Berkaitan: