Beregu nombor dua dunia hentikan langkah Soon Huat–Shevon

IMPIAN beregu badminton campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie untuk mara ke separuh akhir Terbuka Perancis Super 750 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan handalan, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping di Cesson-Sevigne pada Jumaat.
Pasangan nombor sembilan dunia itu tunduk 18–21, 16–21 dalam tempoh 43 minit kepada gandingan nombor dua dunia yang ternyata lebih konsisten dalam permainan serba pantas dan bertenaga di gelanggang Glaz Arena.
Kekalahan itu turut menyaksikan Soon Huat–Shevon melebarkan kekalahan ketiga dalam tiga pertemuan dengan pasangan dari China tersebut.
Biarpun gagal menempatkan diri di kelompok empat terbaik, persembahan beregu profesional negara itu di suku akhir tetap dipuji apabila tampil lebih baik berbanding edisi 2024 ketika tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 19-21, 16-21.
Ringkasan AI
- Impian Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie tidak tercapai selepas tewas di peringkat suku akhir Terbuka Perancis Super 750
- Beregu campuran negara itu kalah kepada Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping
- Mereka kalah dengan skor 18–21, 16–21 dalam tempoh 43 minit
- Ini merupakan kekalahan ketiga Soon Huat–Shevon terhadap pasangan dari China tersebut
- Prestasi mereka masih dipuji walaupun gagal ke separuh akhir, berbanding edisi sebelumnya tewas di pusingan pertama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
