Langkah Aaron–Wooi Yik di Perancis terhenti separuh akhir

Kembara Terbuka Perancis Super 750, Aaron - Wooi Yik berakhir di tangan Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri. Foto Agensi
Kembara Terbuka Perancis Super 750, Aaron - Wooi Yik berakhir di tangan Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri. Foto Agensi
A
A
A

LANGKAH beregu badminton lelaki utama negara, Aaron Chia–Soh Wooi Yik terhenti di separuh akhir Terbuka Perancis Super 750 selepas tunduk straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri.

Dalam aksi yang berlangsung selama 40 minit di Glaz Arena, Aaron–Wooi Yik gagal menyaingi kepantasan lawan sebelum akur dengan kekalahan 14-21, 19-21.

Biarpun bangkit memberi tentangan sengit pada set kedua, rentetan kesilapan mudah penghujung permainan memadam peluang naib juara Artik Super 500 itu untuk melangkah ke pentas final musim ini.

Untuk rekod, pada edisi 2024, Aaron–Wooi Yik turut terkandas di suku akhir apabila disingkirkan beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk–Seo Seung-jae, 19-21, 16-21.

Aaron–Wooi Yik akan mengalih tumpuan ke Terbuka Jerman Super 500 yang menyingkap tirai di Saarlandhalle, Saarbrücken, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di separuh akhir Terbuka Perancis Super 750
  • Pasangan ini tunduk kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri
  • Perlawanan berlangsung 40 minit dengan kekalahan 14-21, 19-21
  • Pada edisi 2024, Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir
  • Kini, Aaron-Wooi Yik akan tumpu pada Terbuka Jerman Super 500

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!