Banjir Pulau Pinang: 743 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS

Anggota APM melakukan operasi memindahkan mangsa banjir, pada Jumaat. Foto APM Seberang Utara
Anggota APM melakukan operasi memindahkan mangsa banjir, pada Jumaat. Foto APM Seberang Utara
A
A
A

GEORGE TOWN - Seramai 743 mangsa banjir daripada 201 keluarga di negeri ini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada Jumaat.

Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang melaporkan, daerah Seberang Perai Utara (SPU) merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 602 orang dari 165 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA), Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, tiga PPS dibuka di SPU setakat jam 3 petang Jumaat.

"Tiga PPS yang dibuka ialah di Dewan Banjir Labuh Banting yang menempatkan 116 mangsa dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi menempatkan 404 mangsa.

"Satu lagi PPS yang dibuka di SPU iaitu di Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan Nyior Sebatang yang menempatkan seramai 82 mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Daerah Seberang Perai Utara (SPU) merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 602 orang dari 165 keluarga. Foto APM Seberang Utara
Daerah Seberang Perai Utara (SPU) merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 602 orang dari 165 keluarga. Foto APM Seberang Utara

Lokman Hakim berkata, bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir yang menempatkan 42 mangsa dan SK Guar Perahu menempatkan 78 mangsa.

Sementara itu, hanya satu PPS di daerah Barat Daya dibuka di SK Tan Sri Awang Salleh yang menempatkan 21 orang mangsa.

Setakat ini, keadaan hujan masih berterusan di beberapa kawasan di negeri manakala cuaca dilaporkan mendung di beberapa kawasan lain di sini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 743 mangsa banjir daripada 201 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang
  • Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 602 orang dari 165 keluarga
  • Tiga PPS dibuka di Seberang Perai Utara termasuk Dewan Banjir Labuh Banting dan Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi
  • Di Seberang Perai Tengah, dua PPS dibuka termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir
  • Satu PPS dibuka di Daerah Barat Daya di SK Tan Sri Awang Salleh yang menampung 21 mangsa banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!