Laporan kimia kes anak Rafizi belum diterima - KPN

Mohd Khalid
Mohd Khalid
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan kimia berhubung cecair yang disuntik ke atas anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Puchong pada 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sehingga kini hasil ujian daripada Jabatan Kimia masih belum diperoleh.

"Setakat ini masih negatif, kita masih menunggu laporan penuh.

"Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklumkan kepada umum," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.

Terdahulu, polis mengesahkan siasatan berkaitan kes berkenaan masih berjalan termasuk meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu mengenal pasti suspek.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian pada 13 Ogos lalu, anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun dilaporkan menjadi mangsa serangan melibatkan suntikan bahan cecair ketika berada di pusat beli-belah berkenaan.

Susulan itu, polis telah memanggil 19 individu untuk diambil keterangan termasuk ahli keluarga mangsa, pemandu dan beberapa pekerja di lokasi terbabit.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Diraja Malaysia masih menunggu laporan kimia berhubung cecair yang disuntik ke atas anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli
  • Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata hasil ujian daripada Jabatan Kimia masih belum diperoleh
  • Polis mengesahkan siasatan berkaitan kes masih berjalan termasuk meneliti semula rakaman CCTV di lokasi kejadian
  • Anak lelaki Rafizi yang berusia 12 tahun menjadi mangsa serangan melibatkan suntikan bahan cecair
  • Polis telah memanggil 19 individu untuk diambil keterangan termasuk ahli keluarga mangsa, pemandu dan beberapa pekerja

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!