Tular video tunjuk kemaluan, keluarga mohon jangan ambil kesempatan ke atas Mat Tere

KOTA BHARU - Keluarga kepada insan 'istimewa' Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, yang dikenali sebagai Mat Tere meminta orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Ini ekoran tular video terbaharu Mat Tere menunjukkan kemaluannya selepas diminta oleh seorang wanita dalam siaran langsung di TikTok.
Sebelum itu pada 2017, lelaki dari Ketereh itu pernah ditahan selepas didakwa menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melalui penyebaran video di media sosial.
Ahli keluarga, Yuslizam Ahmad berkata, sekali lagi Mat Tere dihimpit kontroversi apabila ada individu yang cuba mengambil kesempatan sehingga dia sanggup menunjukkan kemaluannya semasa sesi siaran langsung tersebut.
"Kita sedia maklum dia seorang OKU. Sepatutnya individu berkenaan tidak mempergunakannya.
"Orang di Kelantan semua sudah mengenali Mat Tere macam mana," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurut dia, Mat Tere sudah lama tidak pulang ke kampung dan dimaklumkan berada di merata tempat di negeri ini.
Ujarnya, keluarga dimaklumkan Mat Tere telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara tersebut.
"Kes diklasifikasikan sebagai RLA (Rujuk Lain Agensi)," katanya.
Ringkasan AI
- Keluarga kepada Muhammad Zul Apiz Baharum meminta orang ramai tidak mengambil kesempatan terhadapnya kerana dia orang kurang upaya
- Mat Tere tular di media sosial kerana menunjukkan kemaluannya atas permintaan seorang wanita dalam siaran langsung TikTok
- Pernah ditahan pada 2017 kerana didakwa menghina Pemangku Sultan Johor
- Keluarga kesal dengan individu yang mengambil kesempatan terhadap Mat Tere
- Keluarga dan polis telah dimaklumkan tentang insiden ini, dan kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

