Cadang ke rumah penderma untuk dapatkan bekalan darah

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Sumber Internet
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mencari jalan penyelesaian termasuk kemungkinan akan berkunjung ke rumah penderma darah berikutan kekurangan bekalan tersebut di hospital.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui bekalan darah mengalami penyusutan.

"Memandang kita sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami merancang untuk membuat kempen menderma darah dari rumah.

"Kami akan hantarkan pasukan ke rumah anda untuk mendapatkan bekalan," katanya pada sidang media mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa pembedahan elektif telah ditangguhkan berikutan kekurangan bekalan darah tersebut.

"Orang ramai yang berminat boleh menelefon nombor hotline KKM," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 3,000 pesara jururawat telah mendaftarkan diri dengan kementerian untuk bertugas memerangi Covid-19.

"Kita sedang menyusun penempatan mereka sama ada di klinik kesihatan atau di hospital," katanya.

Artikel Berkaitan: