Istiadat persandingan Tengku Amir, Afzaa Fadini penuh adat, tradisi

Istiadat persandingan diraja Tengku Amir dan pasangannya berlangsung penuh adat dan tradisi di Balairung Seri, Istana Alam Shah.
Istiadat persandingan diraja Tengku Amir dan pasangannya berlangsung penuh adat dan tradisi di Balairung Seri, Istana Alam Shah.
A
A
A

KLANG - Istiadat Persandingan Diraja antara Raja Muda, Selangor, Tengku Amir Shah bersama pasangannya, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz berlangsung penuh adat dan tradisi di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini pada malam Rabu.

Majlis pada jam 7.40 malam itu diserikan dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat mencemar duli ke istiadat persandingan diraja itu.

Turut berangkat dalam istiadat itu ialah keberangkatan masuk Duli-Duli Tuanku.

Pasangan Pengantin Diraja kemudian diiringi Selangor Symphony Orchestra berangkat masuk ke Balairung Seri pada jam 7.45 malam.

Istiadat persandingan dimulakan dengan upacara merenjis oleh Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor ke atas pasangan pengantin, diikuti oleh bonda Raja Muda Selangor, Puan Nurlisa Idris Abdullah serta ibu bapa pengantin perempuan sebagai simbol keberkatan dan restu.

Sultan Selangor melakukan upacara merenjis Tengku Amir dan pasangannya di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada malam Rabu.
Sultan Selangor melakukan upacara merenjis Tengku Amir dan pasangannya di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada malam Rabu.

Majlis kemudian disempurnakan dengan Mufti Selangor, Datuk Anhar Opir memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan.

Pasangan pengantin berangkat keluar dari Balairung Seri pada jam 8.15 malam diikuti Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor ke santapan diraja di Balai Santapan Diraja.

Artikel Berkaitan:

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama barisan Exco, kerabat diraja, pegawai kanan kerajaan dan jemputan kehormat lain.

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah pada 2 Oktober lalu.

Baginda dinikahkan pada jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz disusuli tembakan 11 das meriam oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artilleri Diraja.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!