Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadiri Sambutan Hari Haiwan Sedunia 2025

AMPANG JAYA - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menghadiri sambutan Hari Haiwan Sedunia 2025 yang diadakan di Pusat Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Selangor (SPCA Selangor), Ampang Jaya.
Menurut Selangor Royal Office dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, Datuk Rosli Othman, dan Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin.
Program berkenaan merupakan anjuran SPCA Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan serta kebajikan haiwan peliharaan.
“Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan dan melawat reruai pameran selain meninjau ruang penjagaan haiwan peliharaan yang disediakan di pusat berkenaan,” menurut Selangor Royal Office dalam hantaran itu.
Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan baginda terhadap usaha memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat.
Ringkasan AI
- AMPANG JAYA - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berangkat menghadiri sambutan Hari Haiwan Sedunia 2025 di Pusat Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Selangor
- Baginda disambut oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, Datuk Rosli Othman, dan Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin
- Program ini diadakan oleh SPCA Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan haiwan peliharaan
- Tengku Permaisuri Selangor menyaksikan penyampaian sumbangan dan melawat reruai pameran serta ruang penjagaan haiwan peliharaan
- Keberangkatan Tengku Permaisuri mencerminkan sokongan baginda terhadap nilai kasih sayang terhadap haiwan dan tanggungjawab sosial di kalangan rakyat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

