X

Kindly register in order to view this article
!

Kesan lebam, berbirat pada wajah petugas perubatan Itali

Paparan Twitter @ThetravellerA menarik perhatian ramai.
A
A

ROM - Penularan beberapa gambar para petugas perubatan di Itali memaparkan kesan lebam dan berbirat pada wajah mereka meruntun jiwa netizen.

Menerusi Twitter @ThetravellerA menunjukkan keadaan jururawat dan doktor Itali selepas beberapa jam bekerja semasa rawatan intensif.

Kesan berbirat dari topeng mulut dan hidung jelas kelihatan kerana pemakaian sut dalam jangka masa yang lama untuk merawat pesakit yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Pastinya, kesan yang ada pada wajah petugas kesihatan ini meninggalkan satu perasaan yang sebak kepada penduduk Itali dan dunia.

Pada perkongsian tersebut, netizen mengucapkan kata-kata penghargaan dan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus menyembuhkan pesakit.

Walaupun mereka berisiko untuk dijangkiti, tetapi demi tugas dan rakyat Itali, mereka sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

"Awak hero kami, " ciap @mnep manakala @shukrin mendoakan agar petugas perubatan sentiasa dilindungi dan diberi kekuatan untuk bertahan.

Setakat semalam, Itali sudah mencatatkan kematian seramai 5476.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus