Tiada kubur terjejas akibat ribut di Parit Buntar

PARIT BUNTAR - Tiada kubur dilaporkan terjejas dalam kejadian ribut yang melanda Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridzuan di sini pada Rabu.
Sinar Harian dimaklumkan, kejadian sekitar jam 4 pagi itu hanya melibatkan kerosakan keseluruhan bumbung stor simpanan peralatan menggali kubur selepas diterbangkan angin.
Menurut sumber, hujan lebat serta angin menyebabkan serpihan kayu dan zink bumbung stor terbabit bertaburan di kawasan perkuburan.
"Memang ada serpihan jatuh atas beberapa kubur, tetapi tidak sampai menyebabkan kerosakan.
"Alhamdulillah, semua selamat dan kawasan sudah dibersihkan menjelang tengah hari," katanya.
Kejadian berlaku ketika hujan lebat disertai angin kencang melanda kawasan berkenaan.
Ia disedari oleh seorang penggali kubur yang hadir awal bagi menguruskan pengebumian seorang penduduk pada pagi sama.
Ringkasan AI
- Tiada kubur dilaporkan terjejas dalam kejadian ribut di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridzuan
- Kejadian ribut hanya menyebabkan kerosakan pada bumbung stor simpanan peralatan menggali kubur
- Serpihan kayu dan zink bumbung stor bertaburan di kawasan perkuburan tetapi tidak menyebabkan kerosakan pada kubur
- Semua kawasan perkuburan sudah dibersihkan menjelang tengah hari
- Kejadian berlaku ketika hujan lebat disertai angin kencang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

