Baru keluar pusat jagaan, warga emas ditemui mati di tanah perkuburan

Mayat seorang warga emas ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Hokkien, Jalan Batu Gantung pada malam Rabu.
Mayat seorang warga emas ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Hokkien, Jalan Batu Gantung pada malam Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang warga emas yang dilaporkan baru keluar dari sebuah pusat jagaan di Jalan Perak ditemui meninggal dunia di kawasan Tanah Perkuburan Hokkien, Jalan Batu Gantung di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima aduan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 7.30 malam berhubung penemuan satu mayat di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mayat tersebut ditemui dalam keadaan terlentang di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat warga emas berkenaan.
Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat warga emas berkenaan.

Beliau berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 79 tahun dan baru keluar dari Pusat Jagaan Orang Tua Jalan Perak pada 13 Oktober lalu.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada hari ini mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan disebabkan pereputan mayat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan telah dibuka bagi siasatan lanjut," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Warga emas yang baru keluar dari pusat jagaan ditemui meninggal di Tanah Perkuburan Hokkien
  • Polis menerima aduan kecemasan dari orang awam tentang penemuan mayat
  • Mayat ditemui dalam keadaan terlentang tanpa unsur jenayah
  • Mangsa adalah lelaki tempatan berusia 79 tahun
  • Punca kematian tidak dapat dipastikan akibat pereputan mayat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!