Lelaki ditahan, polis berjaya selesaikan 14 kes samun ragut

Azizee
Azizee
A
A
A

GEORGE TOWN- Kegiatan jenayah seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam 14 kes samun ragut di negeri ini dan Kedah berakhir selepas dia diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sitiawan, Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 2 pagi, 12 oktober lalu.

“Hasil serbuan tersebut, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun ragut di kawasan Timur Laut.

"Polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah dengan menunggang motosikal dan menyasarkan mangsa penunggang motosikal lelaki yang memakai rantai emas.

“Dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes samun ragut di sekitar Pulau Pinang dan tiga lagi kes di daerah Kulim, Kedah,” jelasnya.

Menurutnya, suspek kini direman selama 10 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.

“Semakam rekod lampau mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah serta enam lagi berkaitan kes dadah.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amfetamin," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut yang boleh menjejaskan siasatan polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

 

 

Ringkasan AI

  • Kegiatan jenayah seorang lelaki terlibat dalam 14 kes samun ragut di Pulau Pinang dan Kedah berakhir selepas dia ditangkap polis di Sitiawan, Perak
  • Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas pada jam 2 pagi, 12 Oktober
  • Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dan merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah
  • Modus operandi suspek adalah dengan menunggang motosikal dan menyasarkan mangsa penunggang motosikal lelaki yang memakai rantai emas
  • Suspek mempunyai lapan rekod jenayah serta enam lagi berkaitan dadah dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amfetamin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!