Mayat warga emas ditemui dalam longkang

GOMBAK – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditemui maut di dalam longkang di Jalan Desa 12/4, Taman Desa Country Homes di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 1.25 petang
"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 1.36 petang, pasukan bomba mendapati mangsa berada di dalam longkang berkedalaman kira-kira 121.92 sentimeter.
"Anggota bomba kemudian mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditemukan maut di dalam longkang di Gombak
- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu
- Sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dihantar ke lokasi
- Pasukan bomba mendapati mangsa berada di dalam longkang berkedalaman kira-kira 121.92 sentimeter
- Mayat mangsa diangkat oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
