PLUS umum Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik PTJSD bermula 21 Oktober

PLUS umum Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula pada 21 Oktober.
PLUS umum Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula pada 21 Oktober.
A
A
A

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) bermula pada 21 Oktober 2025.

Dalam kenyataannya PLUS berkata, NAZA Engineering & Construction Sdn Bhd telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk pakej ini selepas melalui proses tender terbuka.

“Pakej 1 yang meliputi kerja-kerja menaiktaraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15 – KM135.4) dan pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein Onn (KM133.5 – KM134.5) akan dilaksanakan selama 24 bulan.

“Pakej 1 merupakan sebahagian daripada pakej-pakej Projek PTJSD. Ia bertujuan menyuraikan trafik di kawasan terbabit dan akan dapat membantu pengguna-pengguna lebuh raya serta penduduk setempat untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar pada masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

Menurut PLUS, secara keseluruhan, Projek PTJSD merupakan projek berimpak tinggi dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 pengguna harian melalui pengurangan kesesakan di laluan terbabit.

Pada peringkat permulaan, kerja-kerja awalan tidak akan mengganggu aliran trafik kerana dua lorong sedia ada di kedua-dua hala lebuh raya terbabit masih kekal dibuka kepada pengguna.

PLUS juga akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini projek terbabit menerusi saluran media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PLUS Malaysia Berhad mengumumkan Pakej 1 Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua bermula 21 Oktober 2025
  • NAZA Engineering & Construction Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama pakej ini
  • Pakej 1 meliputi kerja menaiktaraf bulatan dan pembinaan jejambat baharu, akan dilaksanakan selama 24 bulan
  • Projek ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan manfaat kepada kira-kira 200,000 pengguna harian
  • Kerja awalan tidak akan mengganggu aliran trafik, dua lorong sedia ada masih kekal dibuka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!