Deepavali: Aliran trafik di Plaza Tol Gombak meningkat jam 8.30 pagi

Orang ramai mula meninggalkan ibu kota sempena cuti Deepavali, menyebabkan aliran trafik ke arah timur meningkat sejak pagi Ahad.
Orang ramai mula meninggalkan ibu kota sempena cuti Deepavali, menyebabkan aliran trafik ke arah timur meningkat sejak pagi Ahad.
A
A
A

GOMBAK – [DIKEMAS KINI] Aliran lalu lintas dari Kuala Lumpur menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat mula meningkat susulan orang ramai meninggalkan ibu kota sempena cuti perayaan Deepavali yang akan disambut pada Isnin ini.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 8 pagi, Ahad, mendapati kesemua lorong di plaza tol itu sesak berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang memenuhi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dari Sungkai ke Bidor bergerak perlahan berikutan insiden kemalangan maut yang berlaku pada pagi Ahad.

“Kemalangan tersebut telah selesai setengah jam yang lalu, namun kesannya masih menyebabkan trafik perlahan kerana jumlah kenderaan yang tinggi.

“Untuk kawasan lain di selatan, trafik masih bergerak lancar,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat jam 9.30 pagi pada Sabtu.

Menurutnya, pergerakan trafik perlahan turut dikesan di dua pintu masuk sempadan negara melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) yang mengalir masuk ke negara ini.

“Ia disebabkan pergerakan trafik yang tinggi dari Singapura yang sedang bercuti umum pada esok (Isnin).

“Untuk Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2, aliran trafik masih lagi lancar buat masa ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, trend aliran trafik di lebuh raya utama melibatkan KLK dan Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dijangka akan mula meningkat dan menjadi perlahan menjelang tengah hari ini.

“Biasanya, peningkatan akan berlaku menjelang jam 11 pagi, di mana trafik di beberapa kawasan panas akan mula perlahan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Lalu lintas dari Kuala Lumpur ke Plaza Tol Gombak meningkat sempena Deepavali
  • Orang ramai meninggalkan ibu kota untuk cuti
  • Terdapat kesesakan di semua lorong plaza tol pada jam 8 pagi Ahad
  • Kesemua lorong sesak akibat pertambahan jumlah kenderaan
  • Kesemua lorong di plaza tol itu sesak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!