Lencongan, penyuraian trafik bagi raptai Sidang Kemuncak ASEAN bermula 8 pagi Khamis - PDRM

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula jam 8 pagi sehingga 7.45 malam esok sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, raptai yang akan diteruskan sehingga Jumaat ini adalah langkah penting bagi memastikan pergerakan delegasi sebenar kelak berjalan lancar dan tersusun.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada menggunakan laluan terlibat semasa raptai, mengikut panduan petugas trafik dan papan tanda sementara serta menggunakan pengangkutan awam.
"Penutupan jalan hanya akan dilakukan selama dua kali iaitu selama 45 minit pada 8 hingga 8.45 pagi dan 7 hingga 7.45 malam, bagi memastikan semua laluan, penugasan serta pengiringan delegasi antarabangsa dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah 1,111 pegawai dan anggota trafik yang ditugaskan untuk kawalan lalu lintas, pengiringan delegasi kenamaan serta penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kelancaran lalu lintas semasa sidang kemuncak adalah mencukupi. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula jam 8 pagi hingga 7.45 malam sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
- Raptai berlangsung sehingga Jumaat untuk memastikan pergerakan delegasi berjalan lancar
- Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada menggunakan laluan terlibat dan mengikut panduan petugas trafik
- Penutupan jalan dilakukan dua kali selama 45 minit pada waktu pagi dan petang
- Seramai 1,111 pegawai dan anggota trafik ditugaskan untuk kawalan lalu lintas dan pengiringan delegasi kenamaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
