Kibar bendera Israel: Polis Kelantan tunggu arahan Pejabat Peguam Negara

Polis Kelantan sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC di Putrajaya selepas melengkapkan siasatan berhubung kes pengibaran bendera Israel ketika program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Polis Kelantan sedang menunggu arahan lanjut daripada AGC di Putrajaya selepas melengkapkan siasatan berhubung kes pengibaran bendera Israel ketika program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) di Putrajaya selepas melengkapkan siasatan berhubung kes pengibaran bendera Israel ketika program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza yang berlangsung di Lembah Sireh di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri (PPN) untuk semakan sebelum dihantar ke AGC.

“Kita sudah lengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah diserahkan kepada PPN. Pihak PPN pula sudah menghantar ke Pejabat Peguam Negara. Jadi, kita tunggu arahan lanjut,” katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Sebelum itu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, siasatan mendapati bendera Israel berkenaan dicetak sendiri oleh individu yang terlibat dan bukan dibeli daripada mana-mana pihak.

Ujarnya, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada lapan individu termasuk mereka yang membantu memasang serta melibatkan diri dalam lakonan berkaitan bendera tersebut.

“Mereka ini tidak memahami implikasi perbuatan itu. Isu seperti ini perlu ditangani dengan sensitif kerana bendera Israel melibatkan sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.

"Walaupun dilakukan atas tujuan lakonan semula, ia tetap satu kesalahan,” katanya.

Mohd Yusoff turut menasihati orang ramai agar lebih peka terhadap isu berkenaan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kalau hendak tunjuk protes atau gambaran sesuatu, cukup sekadar menulis perkataan seperti ‘kapal Israel’.

Ujarnya, jangan libatkan penggunaan bendera kerana ia simbol yang sensitif.

"Dengan kes ini, diharap masyarakat lebih memahami dan berhati-hati,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan menunggu arahan dari Pejabat Peguam Negara berkaitan kes pengibaran bendera Israel di program solidariti untuk Gaza
  • Siasatan telah lengkap dan kertas siasatan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya Negeri sebelum dihantar ke AGC
  • Bendera Israel dicetak sendiri oleh individu terlibat, bukan dibeli
  • Lapan individu termasuk yang membantu memasang dan melibatkan diri dalam lakonan bendera telah direkodkan keterangan mereka
  • Orang ramai dinasihatkan agar peka dengan isu sensitif dan mengelakkan penggunaan simbol yang boleh menimbulkan salah faham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!