MetMalaysia keluarkan nasihat Ribut Tropika Fengshen di perairan negara

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika (Fengshen), yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.
Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika Fengshen yang bergerak ke arah barat laut
- Fengshen bergerak dengan kelajuan 30km/j pada jarak kira-kira 961km ke timur laut Kudat, Sabah
- Ribut mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j
- Setakat ini ribut tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia
- Kedudukan ribut tropika pada 11 pagi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, dekat Manila City, Filipina
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
