Jenazah dua beranak dibunuh kejam akan dikebumikan di Sik malam ini

Kedua-dua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 4.30 petang di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Ahad.
Kedua-dua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat kira-kira jam 4.30 petang di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Ahad.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Jenazah dua beranak yang dibunuh kejam dalam kejadian di Kampung Sekolah, Juru di sini telah selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya pada Ahad.

Kedua-dua beranak itu dikenal pasti sebagai Sariya Che Hin, 51, manakala anak angkatnya berusia 11 tahun dikenali Nur Afrina Alisha Abdul Rahim.

Proses bedah siasat dilaporkan selesai dilakukan kira-kira jam 4.30 petang sebelum kedua-dua jenazah dikafankan.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya apabila kira-kira 30 ahli keluarga hadir menunggu proses bedah siasat dilakukan.

Jenazah kedua-dua beranak itu kemudiannya dibawa menaiki dua buah van dan meninggalkan Hospital Seberang Jaya pada jam 5.55 petang.

Menurut abang mangsa, Bismi Che Hin, 60, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Tanah Perkuburan Islam al- Maarif Jeneri di Sik pada malam ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenazah dua beranak yang dibunuh di Kampung Sekolah, Juru telah menjalani proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya
  • Kedua-dua beranak itu adalah Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11 tahun
  • Bedah siasat selesai dilakukan pada jam 4.30 petang dan jenazah dikafankan
  • Kira-kira 30 ahli keluarga hadir menunggu di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya
  • Jenazah dibawa keluar dari hospital pada jam 5.55 petang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam al-Maarif Jeneri di Sik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!