Mayat dua beranak ditemukan dalam rumah dipercayai dibunuh

BUKIT MERTAJAM - Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru di sini, malam Sabtu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam.
"Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya. Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut," katanya malam ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Mayat dua beranak, wanita dan anak perempuannya, ditemukan di rumah di Juru, Bukit Mertajam
- Kedua-dua mangsa dipercayai dibunuh
- Mayat ditemukan oleh suami wanita tersebut
- Polis menjalankan siasatan, termasuk kemungkinan rompakan sebelum pembunuhan
- Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
