'Dia datang dalam keadaan sebak, beritahu isteri dan anak dah mati’ – Jiran

Mayat dua beranak dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Juru.
Mayat dua beranak dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Juru.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM – Seorang jiran terkejut apabila seorang lelaki datang ke rumahnya untuk memaklumkan bahawa isteri serta anak perempuannya telah mati dibunuh dalam kejadian di Kampung Juru, di sini, pada malam Sabtu.

Jiran yang ingin dikenali sebagai Ida, 51, berkata, lelaki itu memberi salam dua kali sebelum memberitahu bahawa isterinya dan anak perempuannya telah dibunuh.

“Ketika itu baru azan Maghrib. Dia yang masih berpakaian kerja baru pulang menunggang motosikal. Wajahnya kelihatan sebak sebelum dia bergegas pergi.

“Saya tergamam, meremang bulu roma dan tidak tahu hendak berkata apa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Wanita itu berkata, suami kepada mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sempat bertanya sama ada dia ternampak kereta atau apa-apa kenderaan mencurigakan masuk ke kawasan rumahnya.

“Saya memang tidak perasan apa-apa yang pelik atau mendengar bunyi bising mahupun jeritan, jadi saya langsung tidak menyangka perkara itu berlaku,” katanya.

Seorang lagi jiran mangsa yang dikenali sebagai Ideris, 61, berkata, mangsa berusia 51 tahun itu hanya dikenali dengan nama Su dan keluarganya telah menyewa di rumah tersebut kira-kira dua tahun lalu serta pernah mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki mereka pada awal tahun ini.

“Pasangan itu jarang bergaul dengan jiran kerana keluar bekerja awal pagi dan pulang mengikut syif.

“Cuma pada awal tahun ini, keluarga itu ada menjemput penduduk kampung menghadiri majlis kahwin anak mereka.

Artikel Berkaitan:

“Tiada pula insiden mencurigakan atau pertengkaran dilihat antara mereka sebelum ini,” katanya.

Ideris berkata, sepanjang puluhan tahun menetap di kampung berkenaan, ini merupakan kali pertama kejadian pembunuhan berlaku di kawasan itu.

Terdahulu, media melaporkan bahawa mayat wanita berusia 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun ditemukan suaminya pada jam 7.30 malam tadi di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, di sini.

Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus, manakala anaknya ditemukan dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringkasan AI

  • Seorang jiran terkejut apabila dimaklumkan isteri dan anak perempuan jirannya di Kampung Juru mati dibunuh
  • Lelaki yang memberi khabar kejadian itu ialah suami kepada mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan
  • Jiran-jiran tidak menyedari sebarang kejadian pelik atau bunyi bising di rumah mangsa
  • Mangsa dan keluarganya telah tinggal di rumah sewa itu selama dua tahun dan pernah mengadakan majlis perkahwinan anak
  • Ini merupakan kali pertama kejadian pembunuhan berlaku di kampung tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!