Tengku Permaisuri Selangor sempurnakan pelancaran, penamaan LCS kedua TLDM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kanan) berkenan melihat replika kapal Raja Muda Nala sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kanan) berkenan melihat replika kapal Raja Muda Nala sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan upacara pelancaran dan penamaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kedua milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat Raja Muda Nala Kapal Tempur Pesisir Kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 TLDM di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melihat Raja Muda Nala Kapal Tempur Pesisir Kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tempur Pesisir 2 TLDM di Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut pada Khamis. Foto Bernama

Kapal berkenaan dinamakan "Raja Muda Nala" dan sebagai simbolik pelancaran satu kendi dilepaskan ke dinding haluan kapal, mengandungi himpunan air daripada sembilan masjid yang mewakili sembilan daerah di Selangor dan telah dibacakan dengan surah Yasin oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor.

Penamaan dan pelancaran kapal itu upacara tradisi tentera laut sejak Royal Navy ditubuhkan sebagai identiti sebelum kapal baharu ditauliah dalam perkhidmatan TLDM.

Sementara itu, Adly ketika membacakan teks ucapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, nama Raja Muda Nala dipilih bersempena nama seorang tokoh pejuang tersohor tanah air yang memimpin perjuangan rakyat Selangor menentang penguasaan Belanda di negeri Selangor.

Nama itu ialah simbol keazaman, keberanian dan semangat juang tokoh berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor.

 

Artikel Berkaitan:

"Dalam konteks ini, semangat kepahlawanan, perjuangan dan keberanian baginda Raja Muda Nala dilihat amat bertepatan dan selari dengan keupayaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia yang direka untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam era peperangan moden," katanya.

Perolehan kapal-kapal tempur persisir adalah sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim.

LCS kedua (LCS 2) turut menjadi simbol kebanggaan negara kerana ia kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (Lunas).

"Proses pembinaan kapal ini bermula dengan majlis perletakan lunas atau keel laying pada 28 Februari 2017. Kejayaan ini secara tidak langsung mencerminkan keupayaan anak-anak tempatan merealisasikan aspirasi negara untuk bersaing dalam industri berat dan industri pertahanan di peringkat global," katanya.

"Peranan 'Lumut Naval Shipyard' juga penting dalam merangsang pembangunan industri maritim negara, bukan sahaja dalam aspek pertahanan, malah merangkumi bidang pembinaan dan baik pulih kapal, pemindahan teknologi serta peningkatan kemahiran dalam kalangan subkontraktor tempatan," katanya.

 

Sebelum ini, LCS pertama (LCS 1) berjaya dilancarkan mengikut jadual kontrak pada 23 Mei 2024, memulakan fasa STW bermula Mei 2025, dan dijangka menjalani aktiviti pelayaran sulung pada Disember akan datang.

 

Terdahulu, LCS 2 selesai menjalani proses diturunkan ke permukaan air pada 8 Mei lepas.

 

Sehingga 25 Mei lepas, kemajuan keseluruhan pembinaan kelima-lima LCS mencapai 72.43 peratus. - Bernama

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!