Kanak-kanak buta sebelah mata gara-gara guna petua lama

Seorang kanak-kanak buta sebelah mata selepas gurunya menyapu lemak babi pada luka. Foto Sing Tao Daily
Seorang kanak-kanak buta sebelah mata selepas gurunya menyapu lemak babi pada luka. Foto Sing Tao Daily
A
A
A

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Ruichang, wilayah Jiangxi, China, hilang penglihatan pada sebelah mata selepas gurunya dipercayai menggunakan petua lama dengan menyapu lemak babi pada luka di mata.

Menurut laporan China News, insiden berlaku ketika mangsa tertusuk mata secara tidak sengaja oleh rakan sekelas semasa bermain di tadika.

Bagaimanapun, guru terbabit tidak membawa mangsa ke hospital sebaliknya menggunakan sesudu lemak babi untuk menghentikan pendarahan.

Tindakan itu menyebabkan jangkitan serius hingga kanak-kanak berkenaan buta kekal pada satu mata.

Ibu bapa kanak-kanak itu segera membawanya ke hospital apabila keadaan anaknya semakin parah, tetapi doktor mengesahkan kerosakan mata sudah tidak boleh dipulihkan.

Ibu mangsa dikenali sebagai Wei berkata, keputusan guru menggunakan 'petua lama' itu telah menghancurkan masa depan anaknya.

"Dia bukan sekadar kehilangan penglihatan, malah kini memerlukan rawatan pemulihan, kaunseling dan pendidikan khas,' katanya.

Tadika berkenaan dilapor menawarkan pampasan sebanyak 272,000 yuan (kira-kira RM161,000) bagi menampung kos rawatan, namun keluarga mangsa menegaskan jumlah itu tidak mencukupi memandangkan anak mereka memerlukan beberapa pembedahan dan rawatan susulan.

Biro Pendidikan Ruichang memaklumkan telah beberapa kali menjadi orang tengah antara kedua-dua pihak, namun keluarga mangsa tetap mahu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak lelaki di China buta sebelah mata selepas guru sapu lemak babi pada luka
  • Insiden terjadi ketika mangsa tertusuk mata semasa bermain di tadika
  • Guru tidak bawa ke hospital sebaliknya guna lemak babi, menyebabkan jangkitan serius
  • Keluarga mangsa menuntut keadilan dan pampasan tidak mencukupi dari tadika
  • Tadika menawar pampasan 272,000 yuan tetapi keluarga mahukan tindakan undang-undang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!