Bergaduh gara-gara dituduh potong giliran isi minyak

Seorang lelaki cedera selepas bergaduh dengan individu tidak dikenali di stesen minyak Pandan Indah gara-gara dituduh memotong giliran ketika mengisi minyak. Foto hiasan
Seorang lelaki cedera selepas bergaduh dengan individu tidak dikenali di stesen minyak Pandan Indah gara-gara dituduh memotong giliran ketika mengisi minyak. Foto hiasan
A
A
A

AMPANG JAYA - Gara-gara didakwa memotong giliran ketika mengisi minyak, seorang lelaki cedera dalam pergelutan dengan individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Pandan Indah, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa sedang mengisi minyak sebelum didatangi seorang lelaki menaiki lori yang menuduhnya memotong giliran.

Mangsa menjelaskan bahawa dia menggunakan pam yang berlainan, namun selepas membuat bayaran, suspek menghampirinya semula sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, semasa kejadian, suspek bertindak menyentuh hidung mangsa dengan jarinya sebelum mengeluarkan satu objek tidak dikenal pasti daripada seluar.

Beliau berkata, suspek kemudian mencucuk objek berwarna merah itu ke arah hidung mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

“Pergelutan berlaku antara kedua-dua pihak menyebabkan mangsa mengalami luka pada hidung dan tangan kiri serta bengkak di bahagian belakang kepala.

“Pergaduhan itu kemudiannya dileraikan orang awam sebelum suspek beredar menaiki lori,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri atau bertindak agresif dalam menyelesaikan sebarang pertikaian,” katanya.

Ringkasan AI

  • Lelaki cedera kerana didakwa memotong giliran di stesen minyak Pandan Indah
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang Jumaat lalu
  • Mangsa didatangi oleh lelaki menaiki lori yang menuduhnya memotong giliran
  • Suspek menyentuh hidung mangsa dan mencucuk objek berwarna merah menyebabkan kecederaan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!