Murid PPKI SK Meru meninggal dunia akibat Influenza A

Muhammad Syeikhu Azri disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A. Foto Ihsan PPKI SK Meru
Muhammad Syeikhu Azri disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A. Foto Ihsan PPKI SK Meru
A
A
A

KLANG - Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, di sini, meninggal dunia awal pagi Khamis dipercayai akibat jangkitan Influenza A.

Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8 tahun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A, manakala seluruh ahli keluarganya turut positif wabak sama.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Meru pada awal pagi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, pihak kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan terhadap ahli keluarga serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Meru meninggal dunia disebabkan Influenza A
  • Muhammad Syeikhu Azrin berusia 8 tahun meninggal dunia awal pagi
  • Ketua Polis Daerah Klang Utara mengesahkan seluruh keluarga mangsa positif Influenza A
  • Kes dikategorikan sebagai mati mengejut
  • Pihak kesihatan telah ambil langkah pencegahan untuk kawal penularan jangkitan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!