ADUN Bukit Gasing tawar elaun pengangkutan RM100

Rajiv memaklumkan tawaran bantuan elaun pengangkutan sebanyak RM100 kepada pekerja barisan hadapan.
Rajiv memaklumkan tawaran bantuan elaun pengangkutan sebanyak RM100 kepada pekerja barisan hadapan.
A
A
A

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing menawarkan bantuan elaun pengangkutan sebanyak RM100 kepada pekerja barisan hadapan (front liners) yang menggunakan pengangkutan awam.

R Rajiv berkata, bantuan itu hanya ditawar kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing yang bekerja dalam perkhidmatan hospital, polis atau kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurutnya, mereka yang tidak menetap di Bukit Gasing namun bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat PJ, Balai Polis PJ, Balai Polis Seapark dan Balai Polis Damansara juga layak menikmati bantuan tersebut.

"Pemohon mestilah menggunakan pengangkutan awam atau bekerja syif ketika pengangkutan awam tidak lagi beroperasi.

"Permohonan boleh dibuat dengan mengepilkan slip gaji, salinan kad pengenalan, dokumen atau apa apa bukti mereka menggunakan pengangkutan awam dan emel kepada vivien@bukitgasing.my atau help@bukitgasing.my," katanya menerusi kenyataan dimuatnaik di akaun Facebooknya hari ini.

Rajiv berkata, beliau menawarkan bantuan tersebut selepas dimaklumkan operasi pengangkutan awam termasuk transit aliran ringan (LRT) dikurangkan dan pekerja barisan hadapan yang menggunakan perkhidmatan itu terjejas.

"Saya prihatin mengenai keadaan ini dan melancarkan inisiatif pemberian elaun pengangkutan RM100 untuk pekerja barisan hadapan di dalam perkhidmatan perlu.

"Jika mereka yang layak kini terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja, sila hubungi kami," katanya.

Artikel Berkaitan: