Pekerja restoran didakwa beri rasuah RM3,000 kepada pegawai MBIP

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Yasin Abdul Karim, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Yasin didakwa memberi wang tunai RM3,000 kepada pegawai penguatkuasa MBIP sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana melakukan kesalahan Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Penjaja MBIP (2020).
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP, Johor Bahru, pada 19 Januari 2023, jam 3 petang.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazal Lisam Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam Chai Chee Ping.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia serta syarat lapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru setiap bulan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 November depan.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja restoran di Johor Bahru didakwa memberi rasuah RM3,000 kepada pegawai penguatkuasa MBIP
- Mohd Yasin Abdul Karim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut
- Kejadian berlaku pada 19 Januari 2023 di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MBIP
- Terdakwa dihadapkan dengan akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1)
- Mahkamah tetapkan jaminan RM10,000 dan kes untuk sebutan semula pada 19 November
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
