Pesakit terbaring di koridor hospital

Keadaan pesakit menunggu giliran ekoran terlalu ramai menerima rawatan di hospital. - Foto Daily mail
Keadaan pesakit menunggu giliran ekoran terlalu ramai menerima rawatan di hospital. - Foto Daily mail
A
A
A

MADRID - Penularan beberapa gambar diambil di Hospital Infanta Leonor dan Hospital Severo Ochoa de Leganes di Madrid, Sepanyol, menggusarkan orang ramai.

Melalui laporan El Mundo, gambar itu menunjukkan sejumlah pesakit mengalami batuk terbaring di atas lantai koridor sementara menunggu giliran menerima rawatan dari doktor dan jururawat, lapor Daily Mail.

Rakaman video suasana dalam hospital turut dikongsi pengguna di laman sosial dengan menunjukkan jumlah pesakit semakin bertambah.

Dalam rakaman juga memaparkan beberapa pesakit menggunakan tangki oksigen dan orang ramai juga digesa mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan penjarakkan sosial.

Sepanyol merekodkan 394 kematian baharu semalam akibat koronavirus (Covid-19), naik 30 peratus berbanding hari sebelumnya.

Sebanyak 1,720 orang telah meninggal dunia di Sepanyol akibat pandemik itu, sekali gus menjadikannya negara kedua di Eropah yang mencatatkan kematian paling tinggi.

Artikel Berkaitan: