Wanita maut diserang buaya ketika cuci pakaian di sungai India

Seorang wanita maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan peralatan dapur di Sungai Kharasrota berhampiran perkampungan Bankupala, India. Gambar hiasan
Seorang wanita maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan peralatan dapur di Sungai Kharasrota berhampiran perkampungan Bankupala, India. Gambar hiasan
A
A
A

JAJPUR – Seorang wanita berusia 59 tahun maut selepas diserang buaya ketika mencuci pakaian dan peralatan dapur di Sungai Kharasrota berhampiran perkampungan Bankupala, India.

Mayat mangsa yang sebahagiannya telah dimakan buaya ketika ditemui pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Soudamini Mahala, diserang secara mengejut oleh seekor buaya pada Isnin ketika melakukan kerja harian di tebing sungai.

Menurut saksi, reptilia berkenaan menyeret mangsa ke dalam air walaupun orang ramai berusaha menyelamatkannya namun usaha tersebut tidak berjaya.

Pihak pegawai perhutanan tempatan memaklumkan mayat mangsa menunjukkan kesan gigitan dan serangan buaya yang ganas.

Soudamini meninggalkan seorang suami dan dua orang anak lelaki.

Kes ini merupakan sebahagian daripada peningkatan serangan buaya di kawasan perkampungan sepanjang sungai di daerah Kendrapada dan Jajpur.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk agar tidak memasuki sungai, anak sungai dan kawasan perairan berhampiran kerana dipercayai dipenuhi buaya air masin yang agresif.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita berusia 59 tahun maut diserang buaya ketika mencuci di Sungai Kharasrota, India
  • Mangsa diserang secara mengejut oleh buaya dan mayatnya ditemui sebahagian telah dimakan
  • Reptilia menyeret mangsa ke dalam air walaupun ada usaha menyelamat
  • Mayat mangsa menunjukkan kesan gigitan dan serangan buaya yang ganas
  • Peningkatan serangan buaya di kawasan itu dan penduduk diingatkan untuk mengelak dari memasuki kawasan perairan berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!