IMFC-J tarik potensi pelaburan RM29.51 bilion di JS-SEZ setakat 15 September - PM

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di Putrajaya pada Rabu. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di Putrajaya pada Rabu. Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

PUSAT Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) berjaya menarik minat 104 pelabur berpotensi dengan anggaran pelaburan berjumlah RM29.51 bilion ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi tempoh Januari hingga 15 September ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, ini sekali gus menunjukkan zon ekonomi tersebut terus mencatatkan momentum luar biasa dalam menarik pelaburan strategik antarabangsa.

"Bagi separuh pertama 2025 sahaja, jumlah pelaburan diluluskan di JS-SEZ telah mencecah RM37 bilion, bersamaan 66 peratus daripada keseluruhan pelaburan di negeri Johor yang bernilai RM56 bilion.

"Perkembangan positif ini dimaklumkan semasa saya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa (MOA) ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau, yang juga Pengerusi Bersama IRDA berkata, mesyuarat itu turut meneliti kemajuan pelaksanaan JS-SEZ termasuk sektor berpotensi, kesan pelaburan semasa serta langkah memperkukuh fasilitasi pelaburan, khususnya melalui Zon Kewangan Khas Forest City.

"Saya turut menegaskan pentingnya pembangunan di Iskandar Malaysia diselarikan dengan penyediaan kemudahan asas yang mencukupi agar kemajuan wilayah ini bersifat inklusif bagi memastikan tiada kelompok masyarakat yang terpinggir daripada arus kemakmuran,” kata beliau. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) menarik 104 pelabur berpotensi dengan pelaburan RM29.51 bilion ke JS-SEZ
  • Zon ekonomi ini mencatat momentum luar biasa dalam menarik pelaburan strategik antarabangsa
  • Jumlah pelaburan diluluskan di JS-SEZ untuk separuh pertama 2025 mencecah RM37 bilion, bersamaan 66 peratus daripada seluruh pelaburan di Johor
  • Perkembangan positif ini dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa ke-35, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
  • Anwar Ibrahim menekankan pentingnya pembangunan Iskandar Malaysia yang inklusif dengan penyediaan kemudahan asas yang mencukupi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!