Dua mayat ditemui dalam rumah sewa

ALOR GAJAH - Dua mayat lelaki ditemui dalam sebuah rumah sewa di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini kira-kira jam 7 malam pada Selasa.
Menurut sumber, seorang mangsa dipercayai ditetak manakala seorang lagi maut selepas menetak rakannya sebelum ditemui orang awam.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati orang ramai telah berada di luar pita kuning selain pihak polis dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) berada di tempat kejadian.
Ringkasan AI
- Dua mayat lelaki ditemui dalam sebuah rumah sewa di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal
- Seorang mangsa dipercayai ditetak
- Seorang lagi maut selepas menetak rakannya
- Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam pada Selasa
- Orang ramai dan pihak berkuasa berada di tempat kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
