Identiti mayat lelaki disumbat dalam beg dikenal pasti

Identiti mayat lelaki yang ditemui di dalam beg dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat di belakang flat telah dikenal pasti.Mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, 31 yang bekerja sebagai ejen sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu
Identiti mayat lelaki yang ditemui di dalam beg dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat di belakang flat telah dikenal pasti.Mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, 31 yang bekerja sebagai ejen sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu
A
A
A

SEBERANG JAYA - Identiti mayat lelaki yang ditemui dalam beg dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat di belakang Flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, pada Khamis telah dikenal pasti.

Mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, 31 yang bekerja sebagai ejen insurans sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu selepas dia dikatakan keluar ke Perlis atas urusan kerja dan tidak dapat dihubungi.

Berikutan itu, bapa mangsa yang berusia 69 tahun dan bekerja sebagai peniaga tampil membuat laporan polis.

Bapa mangsa dilihat hadir ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, di sini kira-kira jam 9 pagi, pada Jumaat untuk melakukan proses pengecaman mayat.

Lelaki warga emas itu kelihatan sebak sebaik keluar daripada bilik mayat dan hanya mengangguk kepada ahli keluarga serta kenalan bahawa mayat tersebut adalah anaknya.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media dan turut memohon agar wajah ahli keluarganya tidak dirakamkan ketika berada di hospital.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan yang diikat ditemui disumbat di dalam sebuah beg di belakang Flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.43 petang itu, mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemui oleh seorang pekerja pembersihan yang sedang menjalankan tugas rutin di kawasan flat berkenaan.

Difahamkan, kepala mangsa turut diserkup menggunakan plastik.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu terlibat dan motif pembunuhan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung identiti mayat lelaki berkenaan.

 

Ringkasan AI

  • Mayat lelaki ditemui dalam beg di belakang Flat Ampang Jajar dengan kesan kelar di leher dan tangan diikat
  • Mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, berumur 31 tahun, bekerja sebagai ejen insurans
  • Dilaporkan hilang sejak 8 Oktober setelah keluar ke Perlis atas urusan kerja
  • Bapa mangsa, berumur 69 tahun, membuat laporan polis dan melakukan proses pengecaman mayat
  • Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!