PGA rampas ketum 1.6 tan untuk pasaran Lembah Klang

Bungkusan berisi daun ketum berjaya dirampas dalam Op Taring Mitra di Kilometer 267 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 7 Oktober lalu.
Bungkusan berisi daun ketum berjaya dirampas dalam Op Taring Mitra di Kilometer 267 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 7 Oktober lalu.
A
A
A

IPOH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara Ulu Kinta berjaya merampas sebanyak 1.63 tan daun ketum dalam Op Taring Mitra di Kilometer 267 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 7 Oktober lalu.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi itu hasil intipan dan risikan selama sebulan oleh Cawangan Risik Briged Utara sebelum pasukan menahan sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemukan 163 plastik hitam berisi daun ketum seberat 1,630 kilogram serta 1,320 botol air ketum yang dianggarkan bernilai RM304,800.

"Siasatan awal mendapati bekalan daun dan air ketum itu diperoleh dari negeri di utara tanah air untuk dihantar ke Lembah Klang.

"Pemandu lori tersebut menerima upah sebanyak RM500 bagi setiap perjalanan membawa masuk bekalan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shahrum berkata, pemandu lori yang ditahan dan rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Cecair dipercayai air ketum turut dirampas dalam Op Taring Mitra di Kilometer 267 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 7 Oktober lalu.
Cecair dipercayai air ketum turut dirampas dalam Op Taring Mitra di Kilometer 267 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 7 Oktober lalu.

Menurutnya, kejayaan tangkapan itu membuktikan kecekapan anggota PGA dalam mematahkan cubaan membawa masuk bekalan ketum yang dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan terus mempertingkatkan pengawasan dan rondaan di seluruh Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.

"Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan haram bagi membantu usaha membanteras jenayah di negara ini.

 

Ringkasan AI

  • Pasukan Gerakan Am Briged Utara Ulu Kinta berjaya merampas 1.63 tan daun ketum dalam operasi di Lebuhraya Utara Selatan Operasi berlangsung hasil intipan dan risikan selama sebulan Lori yang ditahan mengandungi 163 plastik daun ketum dan 1,320 botol air ketum bernilai RM304,800 Daun dan air ketum diperoleh dari negeri utara Malaysia untuk dihantar ke Lembah Klang
  • Pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!