PGA rampas beras, petrol seludup lebih RM21,000

PGA merampas beras dan petrol seludup bernilai RM21,537.50 dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang serta Tumpat semasa penugasan Op Taring Wawasan pada Selasa.
PGA merampas beras dan petrol seludup bernilai RM21,537.50 dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang serta Tumpat semasa penugasan Op Taring Wawasan pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas beras dan petrol seludup bernilai keseluruhan RM21,537.50 dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang dan Tumpat ketika penugasan Op Taring Wawasan pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama melibatkan beras dilakukan di pangkalan haram Pok Ngoh Li, Rantau Panjang pada jam 4 pagi.

“Semasa serbuan dilakukan, suspek bertindak melarikan diri ke Thailand menggunakan perahu selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

“Hasil pemeriksaan di lokasi menemui sebanyak 5,000 kilogram beras putih yang disyaki diseludup dari Thailand,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, nilai anggaran rampasan bagi kes berkenaan adalah RM20,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.

Dalam serbuan kedua, kira-kira jam 7 pagi, PGA berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 750 liter petrol selepas menahan sebuah kereta di Kampung Jubakar, Tumpat.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PGA.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta terbabit menemui lebih 750 liter petrol bernilai RM1,537.50 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Thailand,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!